Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum w.b.t
Rumahku Syurgaku.. setiap orang mengidamkan sebuah rumah idaman masing-masing..tinggal bersama keluarga tersayang..jadi di sini saya nak berkongsi tips untuk mereka yang baru nak beli rumah dan nak dapatkan insurans untuk rumah…
Okay..tujuan MLTA dan MRTA adalah sama iaitu memastikan loan rumah anda habis dibayar walaupun anda meninggal dunia ataupun cacat kekal keseluruhan (TPD) ataupun sakit kritikal (CI)..cuma terdapat sedikit perbezaan dengan…
MRTA (Mortgage Reducing Term Assurance) or MDTA (Mortgage Decreasing Term Assurance)
Bagi memudahkan anda faham..saya bagi satu situasi..contohnya anda membuat loan rumah sebanyak RM500k..dan anda membuat MRTA sebanyak Rm500k juga..andai kata selepas 20 tahun anda bayar loan bank tersebut..anda meninggal dunia..baki loan anda dengan bank ialah RM200k…maka anda(keluarga) akan mendapat wang lump sum dari sebanyak RM200k dari MRTA yang anda buat untuk melangsaikan baki loan tersebut…
Selain itu..MRTA hanya boleh dibuat untuk satu rumah sahaja (non-transferable)…bermakna..jika anda menjual rumah asal anda dan membeli rumah baru..anda perlu beli MRTA baru untuk rumah baru anda tersebut…
Prudential MLTA (Mortgage Level Term Assurance)
Menggunakan situasi sama…anda buat loan rumah sebanyak RM500k dan membeli MLTA juga sebanyak RM500k..Selepas 20 tahun baki loan adalah RM200k..jika anda meninggal dunia..anda (keluarga) akan mendapat wang lump sum sebanyak RM500k (jumlah asal) + saving…jadi total anda akan mendapat lebih dari RM500k…disini anda atau keluarga mempunyai duit extra selepas melangsaikan loan rumah…
Selain itu MLTA prudential mempunyai benefit sakit kritikal di mana anda akan mendapat pampasan jika anda menghidapi mana-mana 36 sakit kritikal…jumlah pampasan bergantung pada pilihan anda..anda juga tidak perlu lagi membuat bayaran setiap bulan lagi selepas menghidapi sakit kritikal kerana Prudential akan tolong bayar untuk anda dengan pilihan rider CONTRIBUTOR…
MLTA adalah transferable term..di mana jika anda membeli rumah baru..anda boleh guna MLTA yang sedia ada pada rumah baru anda tersebut..
Jadi disini anda boleh bandingkan sendiri yang mana lebih baik dan menguntungkan anda…selamat memilih terutama pada mereka yang kali pertama membeli rumah… wat la pilihan yg bijak untuk keluarga anda nt.... :)
MUHAMAD NAKHAIE BIN ABD WAHAB
No comments:
Post a Comment